Wednesday, July 1, 2009

PENGGUNAAN LAMPU GARAM

Tepi Katil
Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik.

Pejabat
Dapat meningkatkan tahap kosentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan.

Bilik Bacaan
Mewujudkan suasana yg menyegarkan dlm proses pembelajaran/bacaan yg lebih lama.

Tepi Komputer atau Meja Pejabat
Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.

Bilik Rawatan atau Terapi
Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik.

Ruang Rehat atau Ruang Tamu
Samada di rumah mahupun di pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan mengharmonikan suasana. Membersihkan habuk-habuk halus dipersekitaran, asap rokok dan dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat.

Feng Shui
Menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik.


CARA PENJAGAAN
· Batu garam mengandungi bahan "hygroscope" bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran, oleh itu jauhkan ia daripada air.
· Letakkan di tempat kering atau hawa dingin pada setiap masa.
· Tidak sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat.
· lUntuk membuang habuk pada batu garam, gunakan kain cotton atau span untuk mengelapnya.
· Untuk mengganti mentol lampu, tarik pemegang mentol dengan berhati-hati.



No comments:

Post a Comment